Tuesday, 3 June 2014

Merindui Yemen setelah pulang,roti dan nama hidangan Yemen.

 Setiap pagi biasanya kami makan roti panas, berbagai jenis roti terdapat di kedai2 berdekatan, lebih kurang ada 3 kedai . Yang mebeli tepung dikisar fresh dikedai sebelahnya. Ada kedai yang menjual cucur habatul sauda ada dua sambil menjual chips rangup dan yang menjual mertabak sayur selepas tengahhari. Kedai ikan berdekatan boleh beli ikan suruh mereka gorengkan, saya suka ikan kembongnya digoreng berempah. Ada kedai jual daging jauh sikit 30 m  dan boleh minta kisarkan  daging dan dihujung sebelah kanan ayam bakarnya, dimana didepannya ada jual ayam hidup .
Kami sebenarnya dibelikan makanan oleh pihak maahad, room service la , ikan steamnya dibeli di restoran yang sampai sekarang tak tau siapa chefnya, kalau dikedai depan dan banyak restoran lain saperti yang kami pergi berdekatan pasar ikan dekat Sanaa Qadim dengan Ustaz Muhammad, semuanya ikan bakar yang 'terbakar' ie rentung kepalanya. Tengoklah oven pembakarnya, besar dengan api yang sngat besar.














Monday, 2 June 2014

Kesan "halo" di atas udara Maahad,mashaAllah

Pada 24 hb April 2014 sesuatu yg menakjubkan berlaku.  Kira2 pada tengahari ,sedang saya berehat selepas kelas ,kami dipanggil oleh Lina utk keluar dgn membawa kamera. Subhana Allah apabila melihat keatas di langit terbentang luas kesan ini. Di dalam hati saya terdetik, betapa berkatnya bumi bertuah ini, khususnya maahad ini yang sentiasa didalamnya insan2 yang menuntut ilmu terutamanya ilmu Alquran setiap hari. Dari pengetahuan fizik saya saya buat kesimpulan , kesan kejatuhan meteor kebumi yang direportkan berlaku, telah memberikan kesan ini. Serpihan batu2 kecil telah membiaskan cahaya matahari sehingga ada pelangi bulat dan kalau diperhatikan betul2 ternampak juga planet,atau bulan2 lain.
Berkatnya juga tempat ini pada magrib kamis lalu telah turun hujan yang lebat, rupanya hujan batu yang jatuh dibumi yang biasanya mengalami musim hujan bulan April ni.. Dengarnya Jalan Sael di penuhi air malam tu untuk pertama kali tahun ini. Titisan hujan terdengar hingga pagi. alhamdulillah.