Sunday, 23 February 2014

Hari kedua

Hari kedua, Sabtu kami ada assessment test untuk menentukan level masing2. Soalannya banyak juga, nak jawab semua kena dua jam juga lah. Olehsebab Ustazah kata tak kira berapa lama nak ambil, bila nak azan zohor pukul 12.20 baru kami hantar kertas jawapan. Dah petang tak de program apa2. Esok mudir bagi cuti. Isnin baru di tentukan kelas dan guru.

Sunday, 16 February 2014

Hari Pertama

Hari pertama, selepas solat subuh kami mengemas dan menyusun barang2. Pukul tujuh dah kedengaran ketukan pintu. Hanna dah membawa beberapa keping puri goreng panas. Padahal kami dah pun sarapan dengan bekalan jus dan biskut kering yang diberinya semalam. Alhamdulillah terasa ni'matnya, kerana cuaca agak sejuk juga. Pukul 8 pertemuan dengan Mudir untuk pengenalan. Breakfast dulu. Ada masakan dari isteri Mudir, special kumpulan ini, kata seorang pelajar lama. Mudir mempunyai 8 anak, ramai masih kecil2 lagi, duduk di tingkat atas bangunan ini.
Semua memperkenalkan diri. Kami berdua cuba guna simple arabic. Kena cuba. Rosita emotional akhirnya dapat sampai juga disini.
Kami keluar tinjau short cut untuk ke hostel lelaki untuk tengok tempat Rozita dan suaminya tapi tak jumpa. Sembahyang Jumaat sahaja biasanya perempuan digalakkan pergi. Dapatlah  berjumpa dengan jemaah muslimat disini. Setelah selesai  dapatlah tengok jalan yang tak jumpa tadi dan Hanna bawa jalan lain untuk menunjukan kedai2 disekeliling. Lepas asar kami dengan bas di bawa ke pusat bandar untuk membeli keperluan. Arbaya tidak dilabel saiz, jadi kena cuba dan mengambil masa juga. Saya belum bersedia nak pakai niqab rupanya ada hikmahnya. Lepas maghrib saya tercicir dibelakang dan tak nampak dah ladies dan girls lain. Terikut orang lain. Semua pakai hitam, hanya beg berwarna terang dapat membantu, itu pun malam, dengan lampu boleh menukar warna beg tu. Saya berdiri tengah divider jalan dengan harapan rakan2 nampak. Tiada. Gelap agaknya, saya pun cari tempat yang cerah. Agak lebih kurang 10 minit barulah datang Yusuf , pembantu orang Yemen tu membawa saya ke bas semula. Alhamdulillah. Pengalaman yang mencemaskan juga.

Sampai Sana'a


Airport Sanaa kecil je. Queue tak lama, kami sembahyang jamak takkhir di musola kawasan lapang , dibentang carpet,dihujung kawasan menunggu sebelum keluar, berimamkan Ustaz. Di Sanaa dalam 8.30malam di Malaysia dah 1 pagi. Cuaca agak sejuk juga, kenalah pakai Arbaya saya, ladies lain dah mula pakai niqab.
Kami dijemput oleh Hadi dan Hanna mereka dengan kereta, kami muat satu van. Terus lah ke hostel lelaki, Rosita ,suami , Ustaz dan Afiq turun. Hadi confirmkan yang saya,suami stay put, untuk ke hostel anNisa bersama Nafisah. Alhamdullilah, sebenarnya Sarah dah terangkan,atas pertanyaan saya, keadaan accomodation dan saya beritahu agak sukar untuk saya turun naik ke tingkat tiga untuk aparment.Diusahakan agar kami di tingkat bawah yang hanya ada satu di main building . Bilik lebih baik dari yang kami jangkakan. alhamdulillah. Agak lena juga tidur di malam pertama ni dan dapat bangun pada waktu suboh disini. Saya tak tidur dalam kapal terbang tadi.  Saya menemani suami untuk ke masjid hingga ke gate depan ,bangunan. Dalam kami terpinga2 bagaimana nak buka gate tu, sebab ada switch merah, kut,kut alarm ke, terdengar suara dari luar, suruh picit suis tu untuk buka gate. Hadi rupanya ,ada berjanji semalam nak temankan ke masjid yang berdekatan.

Yemeni Air

Kapal terbangnya tidak la teruk sangat, sedikit usang. Tiada movie atau pilihan entertainment untuk journey  8 jam. Ada lah monitor tergantung tu untuk tunjuk peta perjalanan, setiap masa. Alhamdulillah. Makanan Ok, nasi putih. Pramugari kami Filipino, putih melepak manis dengan lesung pipit di dagu dan pipi. Malang tersilap , masa menuang kopi , tidak di letak dalam dulang, terpercik kopi panas ditangan saya dan tertumpah di seluar suami.
Berdekatan  duduk sepasang suami isteri ,orang Rembau tetapi berniaga kedai bakeri di KL, nak balik ke Hadramaut kerana ada dua teruna mereka belajar disana. Sisuami ,Mouzi ingin menyambung semula pengajian b.Arabnya setelah berhenti setahun . Dia pernah juga belajar di Sanaa tetapi katanya dia lebih suka di Hadramaut lebih tenang,aman dengan kaedah yang disukainya.
Kapal terbang ni rupanya dari Jakarta. Di hadapan dah penuh dengan orang Indonesia. Mula ingat kosong juga penerbangan ni. Kami boarding awal juga ,4.30.Rupanya sebelum berlepas pukul lima, masuklah jemaah Umrah dari Malaysia, saya tanya kemudian dari Kelantan.
Kumpulan Teruna2 Arab dibelakang saya ni agak riuh tak berhenti bercakap juga. Malang sedikit pun saya tak faham.  Setelah makan dan tidur, saya berpeluang berbual2 dengan seorang yang menyendiri di kerusi belakang. Saya menyapa dengan memuji rambutnya yang afro tu dalam BA asli,jameel!!. Dia bercerita dia bercuti balik ke Yemen setelah belajar IT di sebuah institusi swasta di Serdang. Saya saje lah cerita saya pun pernah buat Master dalam IT di UM. Dia excited  tahu kah saya Java , C++ programming language. Memang saya pakai tu semua untuk website saya, tapi kebanyakan ada lah yang membantu saya masa tu ((terutama Jack (cina),Soraya (melayu) dan Kasthuri dan Keema(india)))Lagipun itu 10 tahun dulu, ana naseetu , ana shekhun. Gelak dia. Dia pun , humble ke ingat saya, kata dia "bodoh" dengan slang arabnya, lebih kurang sama dengan slang cucu, Khadeeja  yang dah ke Amerikaan tu, Ghaabiiyun, I got F in all subject. kesian pulak saya. Naluri guru saya ,bagilah sedikit advice, kata semangat supaya jangan give up. Belajar rajin2 jadi mujtahid, agar mendapat kejayaan ,falah dan mencapai apa yang diinginkan,Faazun.
Bila dah landing mengambil beg, nampak dia dengan kanak2 lelaki ,adik2 dia mungkin. Hanya dapat melambai dari jauh, maa salamah dan dalam hati doa untuknya. Tentu dia ada tanggungjawab kepada adik2 nya, keluarganya.

Di KLIA

Di KLIA kami sampai sperti yang dijanjikan pukul 2 petang, Kaunter Yemeni Air di hujung sebelah kiri, Kaunter A.  Dari jauh dah nampak the English Lady our Sarah. Kami diperkenalkan dengan pasangan lagi satu Rosita dan Nirman ,muda setahun je, dari Damansara. Kemudian baru datang Ustaz Azirudin. Setelah menunggu dan diberitau dua lagi dalam perjalanan ,kami mula ke kaunter untuk check-in.  Sarah membawa 6 kotak2 pelbagai saiz, kiriman ibubapa pelajar2 sedia ada di maahad.  Afiq yang baru datang dengan ibunya, rupanya telah belajar selama 6 bulan balik bercuti sebulan . Jadi Sarah lantik dia sebagai ketua perjalanan, kerana dia dah biasa dan kenal wakil2  yang akan menjemput kami di Sanaa nanti, anaknya Hanna dan Hadi jejaka Malaysia.
Nafisah yang menaiki keretapi dari Singapura sampai ketika kami baru nak mencari musolla untuk solat jamak zohor,asar. Sarah berlari mengejar kami supaya dapat menunggu hingga selesai Nafisah check in dan menemaninya bersama2 ke departure gate. Disebabkan musolla di main terminal dah pindah ke hujung belah kanan. Kami terus ke kaunter imigresyen, naik aerotrain ke terminal kembar dan cari musolla disana, iaitu di tingkat satu disetiap wing ada. Selesai solat ngam ngam pintu boarding pun dibuka.



Selamat tinggal

Penerbangan ke Yemen dengan Yemeni Air biasanya hari Kamis 5 petang.  Yan dah  minta cuti dari tempat praktikalnya di Wisma  Perseketuan. Banyak juga perkara yang perlu diselesaikan saat2 akhir ni. Ke bank ke pejabat Sain ke money changer, ke pasar2raya. Eh eh kenapa pula pejabat sain,pejabat tanah , itu hanya sedikit urusan harta peninggalan.  Kucing dan pokok2 dah diberi pesanan. Kena bercakap dengan depa2 ni. Mahkluk Allah juga. Apatah lagi anak , cukup tak bekalannya.
Kami pun turun rumah kira2 pukul 1 petang dengan iringan doa dari jiran2 Hanim dan Wan, Kak Ngah, Cikgu Leha, Kak Enon, dan sebelum tu  Norehan, Sab, Ana , Dr Arif, Hamid dan ramai lagi yang kami jumpa malam sebelum di kelas Ustaz Khusyairi dan hari2 sebelum dalam Kelas mengaji ustzah Zaidah dan Ustaz Sheikh Mohsin , kelas tadarus/tafsir harfiah hari rabu, kelas BArab Ustaz Rosli(jumaat)dan Ustaz Surul(rabu). Didoakan mereka juga semua dalam selamat dan sihat. Sayang juga meninggalkan kelas2 ini, juga rancangan TV dan radio kegemaran seperti Reflection, Jejak rasul, Haiya Arabia, tafsir 6.30 pagi radio IKIM, dan lain2. Semoga Allah memberi yang lebih baik. Di Maahad tiada TV radio hanya Suria yang boleh online.

Persediaan

Bagaimana nak mula persediaan. Pilih beg yg nak dibawa. 20kg je yang dibenarkan. Sarah awal2 dah bagi checklist. Jangan bawa baju banyak. Baju malaysia tak sesuai disana.  Jadi saya bawa dua jubah, satu arbaya, in case sejuk atau tak pakai pakaian hitam.Satu baju kurung, mana taukan kena jemput ke majlis kahwin nanti dan lain2 tu biasalah terutama ubatan. Saya kumpulkan bahan2 b.arab dan hafazan. Ada koleksi praktis perbualan, saya dapat dari Ustaz Jabbar cikgu Mesir mengajar BA di SARA sekarang di Paroi Jaya. Ada juga dari Cikgu yg pandai cakap Cina, lupa pula namanya,mengajar BA di rumah sebelah Masjid Ampangan dan Sabtu di Masjid Cina di Rahang. Ada juga beberapa buku lain yang boleh di perolehi di kedai2.
Tentang makanan taklah risau sangat, kami ke negeri Islam.  Tapi 3 bulan makan nasi Arab tak boleh jadi juga, bawalah apa yang patut, serunding dan paket2 tu tak risau tapi goreng ikan bilis, sambal tumis dan sambal belacan special Mak Aji saya bungkus dalam plastik betul2 takut tumpah minyaknya.

Arabic Language Centre, Ampang

Eh eh rasa macam kenal je. Mana tak nya, kami sebumbung tak kurang 5 tahun. Junior STF. it' s a small world!! Lepas berbual2 dia bagi brochure tetapi at same time kata tengah bercadang untuk ke Yemen dan mencari sendiri tempat yang sesuai. Tapi lepas tu tak tau la kenapa , dia menyepi. Jadi kami mengambil keputusan berhubung terus dengan  nombor yang dalam brochure tu iaitu Arabic Language centre yang berkerjasama dengan Sana'a Institute for the Arabic Language. Terus dapat bercakap dengan Sarah dan dia amat meyakinkan dan kami terus membayar deposit RM4000 yang diperlukan secara online. Dalam sebulan juga dia tak meminta apa2 tambahan. Suatu hari saya dapat kesempatan untuk berjumpa terus.
Masa lunch tu ingat tiada siapa dah di Arabic Language Centre ni. Puteri Arab membuka pintu. Dibawa saya melalui 3@4 kelas2 sederhana besarnya, hanya 1 yg ada pelajar dan guru masa lunch ni. Dihujung sekali jumpa lah Sarah di ofisnya. In all black. Dia agak terkejut. Rupa panggilan talipon saya tak dia perasan. Dengan British English dia menerangkan pelbagai perkara.  Dia sibuk dengan persediaan menghantar beberapa orang pelajar Januari ni.  Faham  la saya. Resit dah lama disediakan utk diberi di KLIA nanti. Tapi saya mintalah sebagai pemberi semangat untuk kami buat persediaan tanpa ragu2 lagi.

Pilihan Yemen

Untuk ke Yemen ni, saya mula minat setelah mendengar pengalaman rakan2 Sekolah Tun Fatimah,saya . Seorang Cik Asiah Ismail yang telah lama gigih menguruskan dan mengajar bahasa Arab di rumah bangalow abangnya di Bukit Beruang Melaka. Dia dah lama pencen awal, seorang pensyarah maktab. Pergi 2 bulan ramai2 bersama pelajar2 dewasanya.Seorang lagi Ajar Mohamad ex-lawyer yang menetap di utara London bersama suaminya Collin, selalu sangat dengar mereka bercuti di Yemen sambil melawat kawan Yemennya. Mesti special dan adventurous Yemen ni , masa kan mereka selalu pergi.Saya sempat ke rumah mereka semasa bercuti bersama suami dan anak menaikki kereta rental kebeberapa city utara England, terutama Leeds tempat kami belajar dulu. Setelah mendengar Dr Siti dan dua anak perempuannya pergi ke Jordan selama 2 bulan dan atas 'desakan' atau lebih galakan Kak Ngah, kalau nak pandai bercakap kena duduk di negeri Arab, saya pun mula mencari nombor2 yang pernah dikumpulkan dahulu. Tapi masih tak ambil tindakan.
Tak semena2 pada beberapa minggu kami tergerak untuk mula menghadiri kelas subuh hari minggu di masjid negeri. Selalunya ramai jugalah jemaah muslimat. Tetapi pada satu hari tu, kelas tafsir rasanya, saya hanya bersama seorang yang tak biasa datang.Agak dalam umur awal 40an berkerja di Hospital Seremban. Kami berdua saje. Berbual lah selepas solat subuh tu , sambil menunggu Ustaz. Rupanya Ustaz tak datang2. Mungkin muslimat lain dah tahu akan ketiadaan Ustaz pada hari itu. Ada hikmahnya. Kami sama2 menyatakan minat belajar Arab. Saya kata saya ingin ke Yemen, Jordan saya dah pergi dua kali, Syria dah tak boleh. Suhana kata kakak iparnya selalu hantar pelajarnya ke Yemen dan dia pun ada anak belajar disana. Dia berikan nombor fon kak iparnya tu serta menyatakan hasrat nak belajar juga kalau dapat cuti. Agak lama juga saya menunggu panggilan semula dari Kak ipar yang bernama Hjh Zaiton Abd Malek. Rupanya dia seorang yang benar2 sibuk dengan mesyuarat dan mengajar juga rasanya di Adni Islamic School dekat Taman Sri Ukay , Ampang. Walaubagaimanapun, Allah yang maha berkuasa telah menemukan kami.  

Mengambil SPM Bahasa Arab Tinggi

Alhamdulillah Allah memudahkan pengembaraan saya itu, dengan peluang yang tidak saya jangkakan. Mengambil peperiksaan oral yang menggerunkan itu , menjadi mudah dan agak menselesakan kerana ketua pemeriksa nya adalah guru kommunikasi yang saya hadiri di kelas petang selasa di rumah Kak Azizah di Paroi Jaya, iaitu Ustaz Farizan. Juga Ustaz Sabri yang mengajar BA di masjid negeri sabtu petang sekarang di Sikamat pula. Dia belajar di Maghribi dulu, lunak dan fasih jadi saya pohon untuk merekod suaranya membaca contoh perenggan2 past paper SPM, supaya dapat saya praktis baca dengan lancar kalimah2 yang tak berbaris tu.
Suami pula banyak membantu untuk saya memahami nahu Bahasa Arab kerana dia telah melalui pengajiannya secara formal dua kali seminggu sejak beberapa tahun di pusat pengajian luar kampus Universiti Islam antarabangsa di Nilai menggunakan tiga modul Universiti Madinah.
Sementara bab soraf dan wazan dan pembacaan kitab2 pondok pula saya berterima kasih kepada Ustaz Rosli yang mengajar di Masjid negeri pada setiap petang Jumaat yang diperkenalkan oleh rakan sekolah saya Pn Nadrah Sidek yang telah pun berjaya mengambil SPM dengan memperoleh Pangkat A beberapa tahun sebelumnya.
Saya mengambil Oral di sekolah Ma'ahad Assaadiyah dan peperiksaan bertulisnya di Sekolah Abim(nama lama) di Jalan Sungai Ujong. Ramai yang menyapa kami samada kami adalah pengawal peperiksaan dan tak menyangkakan kami adalah calon. alhamdulillah apabila mendapat keputusan , kami mendapat  keputusan yang cemerlang juga. Ingat lagi masa menerima keputusan tu itu kami sedang menunggu di KLIA untuk penerbangan kami yang tertunda agak lama ke Palestin.

Permulaan sebenar pengembaraan

  Mula minat utk belajar Bahasa Arab di negara Arab, apabila melancong ke 5 negara Arab  pada tahun 2012 iatu ke Abu Dhabi, Syria, Jordan, Lebanon dan Turki bersama-sama dgn pelajar2 dewasa b. Arab dari Seremban  dan Bangi.  alhamdulillah peluang diperolehi melalui Uztaz Arab saya ketika itu Ustaz Abdullah Endut yang mengajar di rumah Dato Mustapha di Taman Bukit Chedang. Ketua rehlah pada ketika itu Ustaz Nothman dari KUIS dan Ustaz Yahya. Ustaz Nothman telah membuat perancangan utk kami belajar di Damsyik Syria. Atas kehendak Allah Syria bergelora dua minggu lepas kami pulang. Terpaksalah kami membatalkan rancangan itu. Saya meneruskan pengajian di SARA, Ampangan setiap pagi Ahad  dengan Ustaz Abdullah, dengan adanya kenalan2 baru antaranya Rohana Aziz dan arwah Hj Ahmad. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Pada bulan Mac suami dan saya tekad mendaftarkan diri untuk mengambil SPM bahasa Arab Tinggi. Saya alhamdulillah  melalui seorang lagi rakan Pn Zaiton dari Paroi Jaya memperkenalkan saya kepada seorang guru tuisyen bahasa Arab yang terkenal  Ustazah Zaharah, yang banyak menghasilkan buku2 diperingkat SPM. Bermulalah pengembaraan saya menuntut ilmu dengan penuh komitmen dengan beberapa pengorbanan.