Sunday, 16 February 2014

Hari Pertama

Hari pertama, selepas solat subuh kami mengemas dan menyusun barang2. Pukul tujuh dah kedengaran ketukan pintu. Hanna dah membawa beberapa keping puri goreng panas. Padahal kami dah pun sarapan dengan bekalan jus dan biskut kering yang diberinya semalam. Alhamdulillah terasa ni'matnya, kerana cuaca agak sejuk juga. Pukul 8 pertemuan dengan Mudir untuk pengenalan. Breakfast dulu. Ada masakan dari isteri Mudir, special kumpulan ini, kata seorang pelajar lama. Mudir mempunyai 8 anak, ramai masih kecil2 lagi, duduk di tingkat atas bangunan ini.
Semua memperkenalkan diri. Kami berdua cuba guna simple arabic. Kena cuba. Rosita emotional akhirnya dapat sampai juga disini.
Kami keluar tinjau short cut untuk ke hostel lelaki untuk tengok tempat Rozita dan suaminya tapi tak jumpa. Sembahyang Jumaat sahaja biasanya perempuan digalakkan pergi. Dapatlah  berjumpa dengan jemaah muslimat disini. Setelah selesai  dapatlah tengok jalan yang tak jumpa tadi dan Hanna bawa jalan lain untuk menunjukan kedai2 disekeliling. Lepas asar kami dengan bas di bawa ke pusat bandar untuk membeli keperluan. Arbaya tidak dilabel saiz, jadi kena cuba dan mengambil masa juga. Saya belum bersedia nak pakai niqab rupanya ada hikmahnya. Lepas maghrib saya tercicir dibelakang dan tak nampak dah ladies dan girls lain. Terikut orang lain. Semua pakai hitam, hanya beg berwarna terang dapat membantu, itu pun malam, dengan lampu boleh menukar warna beg tu. Saya berdiri tengah divider jalan dengan harapan rakan2 nampak. Tiada. Gelap agaknya, saya pun cari tempat yang cerah. Agak lebih kurang 10 minit barulah datang Yusuf , pembantu orang Yemen tu membawa saya ke bas semula. Alhamdulillah. Pengalaman yang mencemaskan juga.

No comments:

Post a Comment