Alhamdulillah Allah memudahkan pengembaraan saya itu, dengan peluang yang tidak saya jangkakan. Mengambil peperiksaan oral yang menggerunkan itu , menjadi mudah dan agak menselesakan kerana ketua pemeriksa nya adalah guru kommunikasi yang saya hadiri di kelas petang selasa di rumah Kak Azizah di Paroi Jaya, iaitu Ustaz Farizan. Juga Ustaz Sabri yang mengajar BA di masjid negeri sabtu petang sekarang di Sikamat pula. Dia belajar di Maghribi dulu, lunak dan fasih jadi saya pohon untuk merekod suaranya membaca contoh perenggan2 past paper SPM, supaya dapat saya praktis baca dengan lancar kalimah2 yang tak berbaris tu.
Suami pula banyak membantu untuk saya memahami nahu Bahasa Arab kerana dia telah melalui pengajiannya secara formal dua kali seminggu sejak beberapa tahun di pusat pengajian luar kampus Universiti Islam antarabangsa di Nilai menggunakan tiga modul Universiti Madinah.
Sementara bab soraf dan wazan dan pembacaan kitab2 pondok pula saya berterima kasih kepada Ustaz Rosli yang mengajar di Masjid negeri pada setiap petang Jumaat yang diperkenalkan oleh rakan sekolah saya Pn Nadrah Sidek yang telah pun berjaya mengambil SPM dengan memperoleh Pangkat A beberapa tahun sebelumnya.
Saya mengambil Oral di sekolah Ma'ahad Assaadiyah dan peperiksaan bertulisnya di Sekolah Abim(nama lama) di Jalan Sungai Ujong. Ramai yang menyapa kami samada kami adalah pengawal peperiksaan dan tak menyangkakan kami adalah calon. alhamdulillah apabila mendapat keputusan , kami mendapat keputusan yang cemerlang juga. Ingat lagi masa menerima keputusan tu itu kami sedang menunggu di KLIA untuk penerbangan kami yang tertunda agak lama ke Palestin.

No comments:
Post a Comment