Friday, 8 April 2016

Majlis perpisahan


Diadakan sebelah pagi sebelum bertolak balik petang tu. Di perpustakaan maahad baru tingkat bawah sekali. Ustaz Muhamad AlKumaini  jadi pengacara majlis. muhamad junior anak sis Rahmah membacakan Quran dan sajak berkaitan kami yg di tulisnya sendiri. Hari sebelumnya memberi cendramata kpd Ustaz Saad. uztazah Amriah, Bilal, Imam,lain2. Yg diingat malam sebelum tu pi supermarket beli Kastard powder berpuluh tin sebagai sovenier, dgn cara buat kastad jagung kesukaan mereka.Alhamdulillah. 




Tuesday, 3 June 2014

Merindui Yemen setelah pulang,roti dan nama hidangan Yemen.

 Setiap pagi biasanya kami makan roti panas, berbagai jenis roti terdapat di kedai2 berdekatan, lebih kurang ada 3 kedai . Yang mebeli tepung dikisar fresh dikedai sebelahnya. Ada kedai yang menjual cucur habatul sauda ada dua sambil menjual chips rangup dan yang menjual mertabak sayur selepas tengahhari. Kedai ikan berdekatan boleh beli ikan suruh mereka gorengkan, saya suka ikan kembongnya digoreng berempah. Ada kedai jual daging jauh sikit 30 m  dan boleh minta kisarkan  daging dan dihujung sebelah kanan ayam bakarnya, dimana didepannya ada jual ayam hidup .
Kami sebenarnya dibelikan makanan oleh pihak maahad, room service la , ikan steamnya dibeli di restoran yang sampai sekarang tak tau siapa chefnya, kalau dikedai depan dan banyak restoran lain saperti yang kami pergi berdekatan pasar ikan dekat Sanaa Qadim dengan Ustaz Muhammad, semuanya ikan bakar yang 'terbakar' ie rentung kepalanya. Tengoklah oven pembakarnya, besar dengan api yang sngat besar.














Monday, 2 June 2014

Kesan "halo" di atas udara Maahad,mashaAllah

Pada 24 hb April 2014 sesuatu yg menakjubkan berlaku.  Kira2 pada tengahari ,sedang saya berehat selepas kelas ,kami dipanggil oleh Lina utk keluar dgn membawa kamera. Subhana Allah apabila melihat keatas di langit terbentang luas kesan ini. Di dalam hati saya terdetik, betapa berkatnya bumi bertuah ini, khususnya maahad ini yang sentiasa didalamnya insan2 yang menuntut ilmu terutamanya ilmu Alquran setiap hari. Dari pengetahuan fizik saya saya buat kesimpulan , kesan kejatuhan meteor kebumi yang direportkan berlaku, telah memberikan kesan ini. Serpihan batu2 kecil telah membiaskan cahaya matahari sehingga ada pelangi bulat dan kalau diperhatikan betul2 ternampak juga planet,atau bulan2 lain.
Berkatnya juga tempat ini pada magrib kamis lalu telah turun hujan yang lebat, rupanya hujan batu yang jatuh dibumi yang biasanya mengalami musim hujan bulan April ni.. Dengarnya Jalan Sael di penuhi air malam tu untuk pertama kali tahun ini. Titisan hujan terdengar hingga pagi. alhamdulillah.



Thursday, 29 May 2014

universiti al Iman

Dua hari sebelum pulang sempat saya melawat Universti Al Iman,sebuah U yang pelajarnya ditaja penuh, melainkan mereka pilih untuk mencari tempat duduk sendiri. Pelajarnya berbagai bangsa dari eropah timur, China, Afrika, dan ramai pelajar Malaysia ,Indonesia,dll. Saya dapat mengikuti tiga subjek dalam kelas peringkat awal iaitu B.Arab,Imlak( dictation surah Zalzalah) , Komunikasi. Kelasnya lively kerana ramai, tidak saperti di maahad yang 1 to 1. Perngkat diploma kena hafal 5 juzuk sementara nak masuk universiti kena hafal seluruh alQuran,tak hairanlah ramai yang membawa AlQuran kemana2 semasa menunggu. Nadia yang membawa saya sehingga pulang ke rumah pelajar Malaysia berdekatan hampir dgn Supermarket Taibah. Sya dapat jumpa Datin Norazimah ,isteri Dato Azmi Hassan yang anaknya Alias bersama kami di Hydramout dulu. Dapatlah Badi' melawat kelas2 pelajar lelaki. Mereka pun dah melawat kami di maahad minggu lepas dan kami menemani anak perempuannya Nasuha berbekam di pusat bekam berdekatan.




Monday, 26 May 2014

Minggu terakhir di Yemen

Hikmahnya balik lambat, dapat jumpa saudara. Tok dan Opah kepada Harith datang menemani nya sampai dia balik Ogos nanti. Tok nya bukan saja kenal ramai orang kampung di Tanjung Tualang , tetapi juga saudara2 di Bota Kiri dan Kanan, dan pernah duduk di Seremban2 selama 2 tahun kerana menjaga stesen minyak Shellnya di Mambau berdekatan Tol PD. 
Dulu tak dapat tengok anakperempuan Samirah kawin belakang rumah ,masa kami bercuti di Hydramout, rupanya dapat juga jemputan  perkahwinan di Sanaa, kawan kepada sepupu Utzah Amriah. Tak boleh ambil gambar,fon diconfiscate. Semua perempuan macam2 fesyen, lebih modern drp di Hydramout .
Selepas kelas habis awal minggu, sempat pergi ke Shariq Jamal dan satu hari diJami'ah Iman, sebuah Universiti yang pelajar tak perlu bayar yuran, jadi pelajarnya ramailah~30 orang setiap perengkat dari negara Cina, Uzbeck, Afrika, dll ramailah pelajar Malaysia dari Maahad ke situ. Seronok juga nampaknya belajar ramai2 , meriah, kompetatif, jadualnya padat.


Sunday, 11 May 2014

DiSeyoun Hadramout jumpa kerabat Jamalullail

Balik semula ke Seyun dlm 9 pagi. Banyak hotel di tengah2 bandar ni, tapi kami pilih yg paling dekat dan diperbuat drp tanah lumpur, sebab teringin sgt nak merasa tinggal  didlmnya. Di tingkat dua tu tidak lah bising sangat, dan pemandangan yang lebih cantik. Dan memang tak terasa panasnya.
Muzium didepan hotel tu sebenarnya dulu sebuah istana. Banyak gambar2 lama oleh seorang permpuan British yang mengembara ke Hadramout ni dlm tahun 1936- 1939 . Dalam satu drp caption gambar tu terbacalah maklumat tentang ramai ilmuan Hadramout mengembara ke Asia , iaitu India, Indonesia ,Singapore.  Jadi saya pun bertanya kepada pegawai di pejabat berdekatan kenapa tiada Malaya kerana ada seorang bernama Saidina Sharif Husain alFaradz ada datang ke Perak utk mengajar Sultan Perak pertama tentang ugama Islam dlm ke17 Saya bertanya kepadanya ada ke disini keluarga Jamalulail dan dia gembira menunjukkan kepada kedai madu dihadapan muzium tu. Masha Allah.Kami terus ke sana dan seperti disangka mendapat jemputan utk makan tengahari dirumahnya. Sambil menunggu pukul satu kami kekedai jus berdekatan, jus buah campur dan jus limau nipisnya , lazat sekali  dilayan dgn gembira sekali. Di depan kami ,seorang bekas tourist  guide yang pandai berbahasa inggeris, ada menceritakan mencari sponsor utk buku tentang Hadramout. Setelah check in ke hotel dan sembahyang dZohor , kami dijemput oleh  Sheikh dengan kereta yg di bawa oleh anaknya yg tua dgan isteri keduanya berumur 16 tahun. Di rumah yg besar, baru dan bersih itu, kami dijamu dgn daging kambing masak kicap pedas, kuah masak merah , dua jenis sambal, nasi putih dan keropok. Agak terperanjat kami kerana seperti masakan Malaysia, dan bertambah2. Kami berbual 2 tak sedar dah asar menunggu lagi kedatangan anak menantu dgn cucu2 dari isteri pertamanya. Meriah sekali perjumpaan keluarga ni. Akhir kami di bawa ke ladang 'asal(madu) mereka berdekatan dgn dan setelah pergi ke rumah anak dgn isteri pertama tu, Hassan yang baru saje keluar. Esoknya selepas shopping ,besar juga Seyun ni, kami jumpa balik Sheikh yang menghadiahkan 3 bekas madu dan berjumpa Hassan. Semasa nak safari(takeaway) lunch terjumpa pula 2 org pelajar Mlsia, yg ada kakak d Bkt Kepayang Sban. Dia kata flight 10 may kami dicancelled. Dia ada proof kwnya sakit nak balik x dpt. Smpai diSanaa macam2 berlaku, di petrol stn, queue panjang tiada petrol la, power plant kena sabotage dll tapi ada good news, 2 pelajar sini nak kawin bulan dpn ydi maahad dan ada sepasang pelajar lama bangsa Perancis (masuk islam)dah bersalin. Sibuk lah mengemas semua.







Saturday, 10 May 2014

Shibam, Manhattan or Chicago of the dessert.

Kami pakat dengan Awed utk bawa kami ke Shibam ,dubbed "The Mahanttan or Chicago of the dessert". OTW ambil gmbar 2 lg madrasah yg besar. Satu lebih kurang separuh perjalanan, diasaskan seorang Imam terkenal Ahmad bin Isa yang terdapat dlm salasilah Al Jamalullail dari Nabi Muhammad SAW. 
Kami tiba di Shibam dlm 11 pagi, jd jln sikit saje sempat ke satu kedai tenun utk beli tudung dan muzium sebelum mengambil keputusan utk cari hotel dan makan, yg lebih 2 km dari situ dan datang balik petang nanti .
Kedai pun lebih byk buka dan ramai penduduk dan budak2 keluar. Di dlm kota tu dekat Masjid Harun Al Rasheed dan juga di valley di luar kota dari kampung sebelah sana juga main bola sepak. ramai!! Meriah!!