Sunday, 11 May 2014

DiSeyoun Hadramout jumpa kerabat Jamalullail

Balik semula ke Seyun dlm 9 pagi. Banyak hotel di tengah2 bandar ni, tapi kami pilih yg paling dekat dan diperbuat drp tanah lumpur, sebab teringin sgt nak merasa tinggal  didlmnya. Di tingkat dua tu tidak lah bising sangat, dan pemandangan yang lebih cantik. Dan memang tak terasa panasnya.
Muzium didepan hotel tu sebenarnya dulu sebuah istana. Banyak gambar2 lama oleh seorang permpuan British yang mengembara ke Hadramout ni dlm tahun 1936- 1939 . Dalam satu drp caption gambar tu terbacalah maklumat tentang ramai ilmuan Hadramout mengembara ke Asia , iaitu India, Indonesia ,Singapore.  Jadi saya pun bertanya kepada pegawai di pejabat berdekatan kenapa tiada Malaya kerana ada seorang bernama Saidina Sharif Husain alFaradz ada datang ke Perak utk mengajar Sultan Perak pertama tentang ugama Islam dlm ke17 Saya bertanya kepadanya ada ke disini keluarga Jamalulail dan dia gembira menunjukkan kepada kedai madu dihadapan muzium tu. Masha Allah.Kami terus ke sana dan seperti disangka mendapat jemputan utk makan tengahari dirumahnya. Sambil menunggu pukul satu kami kekedai jus berdekatan, jus buah campur dan jus limau nipisnya , lazat sekali  dilayan dgn gembira sekali. Di depan kami ,seorang bekas tourist  guide yang pandai berbahasa inggeris, ada menceritakan mencari sponsor utk buku tentang Hadramout. Setelah check in ke hotel dan sembahyang dZohor , kami dijemput oleh  Sheikh dengan kereta yg di bawa oleh anaknya yg tua dgan isteri keduanya berumur 16 tahun. Di rumah yg besar, baru dan bersih itu, kami dijamu dgn daging kambing masak kicap pedas, kuah masak merah , dua jenis sambal, nasi putih dan keropok. Agak terperanjat kami kerana seperti masakan Malaysia, dan bertambah2. Kami berbual 2 tak sedar dah asar menunggu lagi kedatangan anak menantu dgn cucu2 dari isteri pertamanya. Meriah sekali perjumpaan keluarga ni. Akhir kami di bawa ke ladang 'asal(madu) mereka berdekatan dgn dan setelah pergi ke rumah anak dgn isteri pertama tu, Hassan yang baru saje keluar. Esoknya selepas shopping ,besar juga Seyun ni, kami jumpa balik Sheikh yang menghadiahkan 3 bekas madu dan berjumpa Hassan. Semasa nak safari(takeaway) lunch terjumpa pula 2 org pelajar Mlsia, yg ada kakak d Bkt Kepayang Sban. Dia kata flight 10 may kami dicancelled. Dia ada proof kwnya sakit nak balik x dpt. Smpai diSanaa macam2 berlaku, di petrol stn, queue panjang tiada petrol la, power plant kena sabotage dll tapi ada good news, 2 pelajar sini nak kawin bulan dpn ydi maahad dan ada sepasang pelajar lama bangsa Perancis (masuk islam)dah bersalin. Sibuk lah mengemas semua.







No comments:

Post a Comment