Monday, 26 May 2014

Minggu terakhir di Yemen

Hikmahnya balik lambat, dapat jumpa saudara. Tok dan Opah kepada Harith datang menemani nya sampai dia balik Ogos nanti. Tok nya bukan saja kenal ramai orang kampung di Tanjung Tualang , tetapi juga saudara2 di Bota Kiri dan Kanan, dan pernah duduk di Seremban2 selama 2 tahun kerana menjaga stesen minyak Shellnya di Mambau berdekatan Tol PD. 
Dulu tak dapat tengok anakperempuan Samirah kawin belakang rumah ,masa kami bercuti di Hydramout, rupanya dapat juga jemputan  perkahwinan di Sanaa, kawan kepada sepupu Utzah Amriah. Tak boleh ambil gambar,fon diconfiscate. Semua perempuan macam2 fesyen, lebih modern drp di Hydramout .
Selepas kelas habis awal minggu, sempat pergi ke Shariq Jamal dan satu hari diJami'ah Iman, sebuah Universiti yang pelajar tak perlu bayar yuran, jadi pelajarnya ramailah~30 orang setiap perengkat dari negara Cina, Uzbeck, Afrika, dll ramailah pelajar Malaysia dari Maahad ke situ. Seronok juga nampaknya belajar ramai2 , meriah, kompetatif, jadualnya padat.


No comments:

Post a Comment