Thursday, 29 May 2014

universiti al Iman

Dua hari sebelum pulang sempat saya melawat Universti Al Iman,sebuah U yang pelajarnya ditaja penuh, melainkan mereka pilih untuk mencari tempat duduk sendiri. Pelajarnya berbagai bangsa dari eropah timur, China, Afrika, dan ramai pelajar Malaysia ,Indonesia,dll. Saya dapat mengikuti tiga subjek dalam kelas peringkat awal iaitu B.Arab,Imlak( dictation surah Zalzalah) , Komunikasi. Kelasnya lively kerana ramai, tidak saperti di maahad yang 1 to 1. Perngkat diploma kena hafal 5 juzuk sementara nak masuk universiti kena hafal seluruh alQuran,tak hairanlah ramai yang membawa AlQuran kemana2 semasa menunggu. Nadia yang membawa saya sehingga pulang ke rumah pelajar Malaysia berdekatan hampir dgn Supermarket Taibah. Sya dapat jumpa Datin Norazimah ,isteri Dato Azmi Hassan yang anaknya Alias bersama kami di Hydramout dulu. Dapatlah Badi' melawat kelas2 pelajar lelaki. Mereka pun dah melawat kami di maahad minggu lepas dan kami menemani anak perempuannya Nasuha berbekam di pusat bekam berdekatan.




No comments:

Post a Comment