Dua hari sebelum pulang sempat saya melawat Universti Al Iman,sebuah U yang pelajarnya ditaja penuh, melainkan mereka pilih untuk mencari tempat duduk sendiri. Pelajarnya berbagai bangsa dari eropah timur, China, Afrika, dan ramai pelajar Malaysia ,Indonesia,dll. Saya dapat mengikuti tiga subjek dalam kelas peringkat awal iaitu B.Arab,Imlak( dictation surah Zalzalah) , Komunikasi. Kelasnya lively kerana ramai, tidak saperti di maahad yang 1 to 1. Perngkat diploma kena hafal 5 juzuk sementara nak masuk universiti kena hafal seluruh alQuran,tak hairanlah ramai yang membawa AlQuran kemana2 semasa menunggu. Nadia yang membawa saya sehingga pulang ke rumah pelajar Malaysia berdekatan hampir dgn Supermarket Taibah. Sya dapat jumpa Datin Norazimah ,isteri Dato Azmi Hassan yang anaknya Alias bersama kami di Hydramout dulu. Dapatlah Badi' melawat kelas2 pelajar lelaki. Mereka pun dah melawat kami di maahad minggu lepas dan kami menemani anak perempuannya Nasuha berbekam di pusat bekam berdekatan.
Thursday, 29 May 2014
Monday, 26 May 2014
Minggu terakhir di Yemen
Hikmahnya balik lambat, dapat jumpa saudara. Tok dan Opah kepada Harith datang menemani nya sampai dia balik Ogos nanti. Tok nya bukan saja kenal ramai orang kampung di Tanjung Tualang , tetapi juga saudara2 di Bota Kiri dan Kanan, dan pernah duduk di Seremban2 selama 2 tahun kerana menjaga stesen minyak Shellnya di Mambau berdekatan Tol PD.
Dulu tak dapat tengok anakperempuan Samirah kawin belakang rumah ,masa kami bercuti di Hydramout, rupanya dapat juga jemputan perkahwinan di Sanaa, kawan kepada sepupu Utzah Amriah. Tak boleh ambil gambar,fon diconfiscate. Semua perempuan macam2 fesyen, lebih modern drp di Hydramout .
Selepas kelas habis awal minggu, sempat pergi ke Shariq Jamal dan satu hari diJami'ah Iman, sebuah Universiti yang pelajar tak perlu bayar yuran, jadi pelajarnya ramailah~30 orang setiap perengkat dari negara Cina, Uzbeck, Afrika, dll ramailah pelajar Malaysia dari Maahad ke situ. Seronok juga nampaknya belajar ramai2 , meriah, kompetatif, jadualnya padat.
Sunday, 11 May 2014
DiSeyoun Hadramout jumpa kerabat Jamalullail
Balik semula ke Seyun dlm 9 pagi. Banyak hotel di tengah2 bandar ni, tapi kami pilih yg paling dekat dan diperbuat drp tanah lumpur, sebab teringin sgt nak merasa tinggal didlmnya. Di tingkat dua tu tidak lah bising sangat, dan pemandangan yang lebih cantik. Dan memang tak terasa panasnya.
Muzium didepan hotel tu sebenarnya dulu sebuah istana. Banyak gambar2 lama oleh seorang permpuan British yang mengembara ke Hadramout ni dlm tahun 1936- 1939 . Dalam satu drp caption gambar tu terbacalah maklumat tentang ramai ilmuan Hadramout mengembara ke Asia , iaitu India, Indonesia ,Singapore. Jadi saya pun bertanya kepada pegawai di pejabat berdekatan kenapa tiada Malaya kerana ada seorang bernama Saidina Sharif Husain alFaradz ada datang ke Perak utk mengajar Sultan Perak pertama tentang ugama Islam dlm ke17 Saya bertanya kepadanya ada ke disini keluarga Jamalulail dan dia gembira menunjukkan kepada kedai madu dihadapan muzium tu. Masha Allah.Kami terus ke sana dan seperti disangka mendapat jemputan utk makan tengahari dirumahnya. Sambil menunggu pukul satu kami kekedai jus berdekatan, jus buah campur dan jus limau nipisnya , lazat sekali dilayan dgn gembira sekali. Di depan kami ,seorang bekas tourist guide yang pandai berbahasa inggeris, ada menceritakan mencari sponsor utk buku tentang Hadramout. Setelah check in ke hotel dan sembahyang dZohor , kami dijemput oleh Sheikh dengan kereta yg di bawa oleh anaknya yg tua dgan isteri keduanya berumur 16 tahun. Di rumah yg besar, baru dan bersih itu, kami dijamu dgn daging kambing masak kicap pedas, kuah masak merah , dua jenis sambal, nasi putih dan keropok. Agak terperanjat kami kerana seperti masakan Malaysia, dan bertambah2. Kami berbual 2 tak sedar dah asar menunggu lagi kedatangan anak menantu dgn cucu2 dari isteri pertamanya. Meriah sekali perjumpaan keluarga ni. Akhir kami di bawa ke ladang 'asal(madu) mereka berdekatan dgn dan setelah pergi ke rumah anak dgn isteri pertama tu, Hassan yang baru saje keluar. Esoknya selepas shopping ,besar juga Seyun ni, kami jumpa balik Sheikh yang menghadiahkan 3 bekas madu dan berjumpa Hassan. Semasa nak safari(takeaway) lunch terjumpa pula 2 org pelajar Mlsia, yg ada kakak d Bkt Kepayang Sban. Dia kata flight 10 may kami dicancelled. Dia ada proof kwnya sakit nak balik x dpt. Smpai diSanaa macam2 berlaku, di petrol stn, queue panjang tiada petrol la, power plant kena sabotage dll tapi ada good news, 2 pelajar sini nak kawin bulan dpn ydi maahad dan ada sepasang pelajar lama bangsa Perancis (masuk islam)dah bersalin. Sibuk lah mengemas semua.
Saturday, 10 May 2014
Shibam, Manhattan or Chicago of the dessert.
Kami pakat dengan Awed utk bawa kami ke Shibam ,dubbed "The Mahanttan or Chicago of the dessert". OTW ambil gmbar 2 lg madrasah yg besar. Satu lebih kurang separuh perjalanan, diasaskan seorang Imam terkenal Ahmad bin Isa yang terdapat dlm salasilah Al Jamalullail dari Nabi Muhammad SAW.
Kami tiba di Shibam dlm 11 pagi, jd jln sikit saje sempat ke satu kedai tenun utk beli tudung dan muzium sebelum mengambil keputusan utk cari hotel dan makan, yg lebih 2 km dari situ dan datang balik petang nanti .
Kedai pun lebih byk buka dan ramai penduduk dan budak2 keluar. Di dlm kota tu dekat Masjid Harun Al Rasheed dan juga di valley di luar kota dari kampung sebelah sana juga main bola sepak. ramai!! Meriah!!
Di Tareem Hadramout
Allah telah mempermudahkan perlancongan kami ke Hydramout
walaupun ada yang tidak menggalakkan kerana cuaca panas, adat yang berlainan dan sebagainya. Saya determined walaupun gagal awal2 dulu dgn Anuar atau Tengku Ram, Hana Sarah , Nadia ,emak Nash atau Ustaz Ahmad mahupun Ustaz Saad. Akhirnya yang pergi bersama pada saat2 akhir ialah Alias adik Nash yang apabila dah sampai di sini baru tahu rupanya anak 16 tahun Dato Azmi (Jimmy) Hassan kawan baik kami sejak di Hastings,England. Dia 'cair' berbahasa Arab.
Sampai di airport Seyoun kami di jemput oleh Awade kawan kpd Bader Haraz yang kami kenal melalui Haziq pelajar Maahad yang dah kesini melawat kawn local emknya sebelum balik ke M'sia minggu lepas. Kami melawat Seyoun sekejap, kemudian ke bank Saba dimana pertama kali dapat keluar duit dari Debit card CIMB, di Sanaa hanya dpt drp credit card je. Puas pergi dr 1 Atm ke 1 Atm.Kmdian terus ke Tarem 30 km ke timur. Tak la panas sgt!!
Pemandangan yang menarik di sini ialah di kelilingi dengan banjaran gunung batu yg bercerun tegak berpuncak leper di kiri kanan wadi/lembah hidramout ni.Dari udara pun menarik ,selepas melihat padang pasir, di sini menghijau dgn rumah tanah lumpur di lereng bukit, kerana di tengah kadang2 musim hujan banjir.
Di Tarem kami terus melawat 3 km dari hotel kami ke Darul Mustapha utk lelaki dan Darul Zahara utk perempuan. Ada 500 pelajar berbagai bangsa ,beratus juga pelajar Malaysia, sesuai betul utk belajar Arab dan ugama. Alias bercadang utk beljar disini.
Tghari kami dikejutkan dgn jemputan dari Badir utk majlis perkahwinan sepupu perempuannya. Dapatlah melihat wanita2 bersolek , buat rambut sarang tebuan,pakai baju mengerlip, panjang meleret kebelakang,berlengan pendek inai berbunga sampai kebahu. Tapi di larang ambil gambar. Ramai yang bertanya dan nak berbual, nasib baik lah ada seorang yang berbahasa Inggeris dan melyan saya sampai balik.Dibilik depan dah penuh tetamu dngn alunan qasidah dan kompang perempuan, setiap tetamu baru dtg menari berdua2 bbrpa minit sebelum duduk. Kami makan nasi arab kambing sedulang 4-5 org ada sambal dan kuah mcm smbl belacan dan kuah kacang. Sedap! Lain drp di Sanaa. Lps mkn masuk balik jumpa pengantin perempuan, cantik!!menari balik, kali ni saya ikut menari berdua dengan kawan baru Ramlah namanya sebelum balik dan dihantar ke hotel dgn kereta stromp pengantin(berbunga dan reben) oleh Badir.
Tak disangka ,petang Badir panggil semula dan mengajak utk ke rumah pengantin lelaki pula. Bergegas sy ke kedai2 di pekan tu utk mencari baju perempuan kerana arbaya tak sesuai. Tapi yang bnyak kedai madu, dan baju budak.
Bg prmpuan kawasan besar diluar rumah berkarpet, bertirai keliling. Nampak bintang dan lereng gunung. Yg melayan saya kali ni Amal isteri Badir yg dah 3 tahun tak dpt anak lagi. Ramlah saya panggil td kata tak dijemput mlm ni. Tp mulanya sy di kelilingi >7,8 kanak2 nak ckp inggeris ,di bilik solek, kemudian wanita2 muda dibilik menari tu. Makan makanan yg sama. Disini sya di bawa ke bilik pengantin ,dibilik2 lain ramai dah bergelempangan tidur sbb dah pukul 11 mlm. Dewan kompang tari penuh lg.Keluar diatas bumbung rumah nmpk kwsan lapang utk tetamu lelaki dgn pelamin, pengantin lelaki diapit kiri kanan, dan dicorner terdpt pancaragam 10 org baru nak mula. Masa kami nak balik ramai lagi yg dtg, kerana rupanya majlis tamat pukul 2 pg.
Hari berikutnya, kami dah order lunch dr restoran berdekatan baru Badir jemput lg!!jadi Alias saja la pergi. Pg td suami Badi' dah round naik motor besar yg ramai lokal ada dgn org Petani. Di kwsan kubur besar tu ada masjid ,dua tiangnya dikata dibuat oleh jin waAllah wa'alam dan bilik kecik bwh tnh utk berkhalwat.
Di hotel setelah 3 bulan dptlah tngok TV. Internet cafe ditngkt bwh pg nak balik br pergi. Mlm rmai betul adalah lbh 30 kmptr. Pnjga nya keturunan Indon, ada tnjuk gmbar klrga mak saudaranya.
melawat ke kampung ustaz di dhamar, 2 jam selatan Sanaa
Ustaz Muhamad selalunya mengajar balaghah dan sirah dengan ceria! Masa mengajar cerita Nabi Sulaiman dan Balkis, sanggup bawa kami ke bekas istana Balkis di Mareb, Utara timur Yemen. Tapi kena 5 hari. Dia tahu nak tunjuk dimana kedudukan Permaisuri Balkis ketika terima surat dan sebagainya. Fakta yang menarik drpnya, Balkis pemerintah (perempuan?) pertama mengamalkan demokrasi dan yang pertama memakai ubat traditional Yemen yang menhilangkan bulu kaki? Versi Ustaz? pd masa Balkis berjalan diatas kaca seperti air tu . Tapi stu hari ustaz tengah2 mengajar ,dia termenung lama depan board. Kami heran. Kemudian dia minta maaf kerana dia sangat teringat kepada emaknya dikampung dia. Then dia suggest kami ke kampung dia, ajak Mudir sekali. Tetapi Mudir kata tak boleh Hari minggu, next day katanya. sabtu ada saje majlis perpisahan pelajar maahad pulang ke Malaysia .Mula Hana dan Haziq, kemudian next weeknya Sis Aminah pula. Jadi dah dua minggu baru dpt ke Dhamar,kmpung ustaz!!
Subscribe to:
Posts (Atom)