Di hujung minggu ni Seronok juga gotong royong masak2 , dan membakar daging kambing dan ayam( mula mula dalam meeting ingat nak masuk juga ikan dan udang tapi bukan sunah nabi) menggunakan resipi masing2. Boys incharge of daging while the rest dengan menu masing2, sheaperd pie, banofee,puding sagoo and puding kastad jagung. Pagi2 Mudir , U. Amriah dan Ummu Ibrahim dah dtg. Saya berbisik pada Ummu , hai sempat ke dia orang bakar semua daging ni. Slow process. La musykillah katanya. Alhamdullillah bila 4 anak perempuan Mudir ( Abeer, Aiman,Hanak dan Du'ak dtg pukul 10,adalh sedulang dah siap, bolehlah jemput mulakan, Kemudian baru lah lebih kurang 30 orang semuanya. Yang istimewa ada couple student lama, bangsa Aalgeria Hussein dan Perancis,Asma' , tolibun dari Jerman, Tolibat dari Israel Khadijah,dtg.
Saturday, 29 March 2014
Saturday, 22 March 2014
Sekeluarga berkelah di pantai Laut Merah
Kali ini rehlah yang ramai menunggu2nya, ke Hudaidah, Zabid ditepi pantai dan jabal Nabi Shuib dan hajarah along the way, >200km,dimulakan dengan mesyuarat sehari sebelumnya. Saya tak dapat pergi mesyuarat kerana sejak bangun cirit birit .lepas tu rasa mengigil deman,tidor sampai petang. Nampaknya lebih teratur kali ni. Kami dipesan supaya siap kul 6 pagi. Semua siap dah, surprisingly. Only Si Yahya the accountant ada dokumen tak siap lagi, mungkin sebab Samirah , cleaner join last minute, anaknya sakit disana. Sperti keluarga >20orang, ada anak2 lelaki dan prmpuan, abang,kakak, aunty,uncle,opah,tok. Ada sessi soalan ttg alquran, berebut2 nak jawab. CD girls asyik minta lagu Mahir Zain, MasyaAllah, Tok Nirman asyik bagi riddles. Best part for most, mandi di laut dan berguling di Sahara..but everbody glad to be back to cool Sanaa.
Sunday, 16 March 2014
Presentation tentang asal usul ا،ب،ت dan mengapa setengah huruf hijaiyah tu bertitik
Hari Sabtu sepatutnya cuti, rehlah ke Hadramaut dan Socotra di tunda jadi pihak Maahad buat program syarahan tentang perkara di atas ,dari pukul 10 pagi hingga 12. Semua pelajar datang. Tiga Ustazah terlibat bagi syrahan bertukar2 selepas dua tiga ayat secara impromptu. Suka saya dengar, kalah presenter TV, tiada pulak nampak bertindan atau berebut2. Ustazah Amriyah , Ustazah Hajar dan Ustazah Amani. U. Amani siap melukis dengan cepat seperti dalam program ' apa rasul kata' TV Hijrah. Ada kertas syarahan 3 helai untuk rujukan, tapi dia orang tak refer pun. Jelas dan informatif. Secara ringkas huruf tu dari nama 6 orang raja , قرشت،سعفق،كلمن،حطى،هوز،ابجد، tertib huruf mengikut kepentingan abjad, makhraj, bentuk dan kekerapan penggunaan.. Umpama ب،ا dari abjad ث،ت،ب dari bentuk, dan titik2 tu ditentukan jika kerap digunakan tiada titik ع غ dan bayak faktor lain lagi. Siapa berminat boleh baca kertas syarahannya, yang ramai orang Arab pun tak de. Lepas itu ada sessi pengukuhan yang amat menarik, nama diundi, the little boys yang baca. Ada aktiviti melakunkan ayat tanpa suara, nyanyian lagu budak2, dan pemberian cenderamata ,kata2 hikmah,dengan nama ditulis dgn huruf2 kuno.
Tuesday, 11 March 2014
Kelas Tafsir bersama Mudir
Pagi2 lepas subuh dan sarapan 6.40. dah menuju Ke mahaad baru dalam 5 minit berjalan kaki. Sejuk dan selalu tercungap2 dan rasa tercekik kerana kering.Di altitud yang tinggi ni dua tingkat pun begitu la.Alhamdulillah sentiasa berusaha agar awal sikit dari Mudir. Insan murni yang tinggal di tingkat atas sentiasa menunggu dengan secawan teh panas. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Saya bersyukur kerana dapat berada dalam kelas ini setiap pagi bersama pelajar2 lain termasuk the amazing attentive boys. Amazing too because they are always already up early in the morning while others are still sleeping.Kerinduan terhadap tafsiran Imam Shueb Webb terubat .
Monday, 10 March 2014
Imam Qariah timbul kembali
Hari ni banyak kejutan, ustaz Ahmad fon, saya tak ingat bila jumpa Nasuha (dah belajar sampai buku 5 di maahad tetapi sekarang duduk sendiri bersama adik lelaki dan ambil guru, rupanya Ustaz Ahmad) Jumaat lepas pada majlis Fakir miskin tu,ada pesan kat dia ,nakkan Ustaz Ahmad balik mengajar mungkin boleh ke dia mengajar balaghah. Jadi dia fon ,dia boleh dan sanggup tapi suami beritahu dia,Mudir dah mulakan Intro semalam. Kejutan kedua, Ustazah Amriah kata nak adakan juga oral test pukul 10.30 lepas kelas Tetapi sampai masa itu, Ummu Ibrahim datang beritau Utzh Amriah sibuk dgn kerja , jadi masa free ni hendak tak saya keluar dengan dia untuk pergi cari Arbaya. Kami pergi ke souk madinah dgn teksi 200 rial kalau naik bas 50 rial sorang,kena jalan jauh ke dlm, ada 4 kedai Arbaya disitu, dapatlah satu, Ingat nak pergi Sanaa Qadim, tapi rasa dah tak sempat kerana ada kelas balaghah dgn mudir pukul 2. Kejutan Ketiga, lepas zohor diberitau Imam nak ajar semula.Ingat dia dah lupa pasal homework, wajib. Tidak sekali2, jawapan kami kalau tak cukup fasohah nya tak cukup cantik,kena komen. Dapat balik segala mimik mukanya bila dia baca balik buku cerita,suruh kami i'rab kalimah2nya. Bila minta nak bergambar siap betulkan serban.
Lepas asar, bad news, travel agen tak mahu aturkan perjalanan ke hadramaut ,hanya ke Pulau Socotra. Tapi Anuar, Nirman dan Rosita tak mau pergi Socotra. Jadi batal la rancangan buat masa ini.
Sunday, 9 March 2014
Anak2 Samirah ,cleaner disini,kwn bercakap arab
Yang besar namanya Asma' ,yang kecil Hadid, vakuum cleaner tak berapa elok, jadi Samirah suruh dia berus je carpet bilik kami, almost setiap hari.
Pokok Raihan
Semasa sembahyang jumaat minggu ini seorang ada mengagihkan pokok ini. Kata Amriah diselit ditelinga atau mana2 untuk baunya. Daunnya boleh di makan. raihan ni ada disebut dalam Surah ArRahman.
Pot luck bersama Ustazah..
Sebab saya ada kelas pagi , tak dapat lah saya sediakan apa2. Saya bawa serunding kelapa yang dihadiahkan oleh Cikgu Rahmah Taman Guru Seremban, Ustazah Amriah dan Hajar berulang menambah nya makan dngan nasi goreng the girls, roti nan besar Ustazah Hajar, lempeng Ustzh AmiturRahman, potato salad keluarga Sister Rahmah dan berbagai lagi. Teh susunya letak kulit kayu manis. Pencicah kuah kacang peas(jadi hitam kerana di masak dengan sejenis batu)
Program agihan sedekah kepada fakir miskin
Hari jumaat maahad lama ni dah di kunjungi fakirmiskin dari pagi lagi bertanyakan tempat agihan tu. Kami yang duduk terdekat degan pintu tepi tu kenalah layan, kerana tempat agihan tu di maahad baru. Sekali Hana muda volunteer tunjukan, kemudian Abdullah ke Wahid anak mudir tu. Saya pula lepas asar tu ada seorang lelaki tua bertongkat dan seorang ibu dan anak daranya. Saya bawa mereka semua kesana. 100 famili dah menunggu. Mudir beri kata aluan dan kemudian seorang Sheikh beri ceramah 10 minit. Ustazah Amriah sampai kena naik meja untuk mengambil nama dan meberi koupon agihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)