Saturday, 1 March 2014
Mula belajar Bahasa Arab
Isnin, hari pertama belajar dan berkenalan dengan guru. Kami baru tahu pagi ni, soap guru, bila dan dimana,pelajar baru lain dah tahu semalam. Selalu kami tercicir dari dapat maklumat, tiada sistem, just atas ikhsan kawan untuk menghantar mesej. Jadi bila Mudir tahu kami tak tahu lagi ,dia pun ambil list yang Ustazah Amriah pentadbir HEP,bagi dia dari rumahnya di tingkat tiga. Tafsir hari Ahad,semalam tu pun kami tak diberitau. Miss la. Alhamdulillah hari ni di bagunan ni. Sebab habis tafsir kul 8, kelas kami start 8.15 selepas kami tengok list dan minta Ustazah tampal kat dinding ,supaya semua tahu aktiviti masing2,sarapan ringkas terus kekelas, sebab ustaz dah menunggu. Dia cepat rasanya hari ni. Semua anxious agaknya. Ustazah bagi buku dan beritau walaupun dia tahu kami dah advance (sikit)dia mahu kita start dgn buku 1. Kami terima je lah, kita pun tak tahu kandungan buku, lagipun nak latih komunikasi yang mudah juga. Kami berkenalan dengan Ustaz Sa'ad yang mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan Usama 2 1/2 thn,Asma' 9thn, Ibrahim 10thn. Kelas 2 jam. Kemudian pukul 2, 1 jam lagi dgn Ustaz Ahmad. Pasangan dapatlah 3jam utk BArab.Yang lain semua one to one dapat hanya 2 jam sehari dari Ahad sampai Khamis. Tapi ada juga Ustazah yang tak mengira sangat, 1 atau 2 jam extra pun tak apa. Semuanya nampak bersungguh2 nak mengajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ma'ismuka ya ustadh? ;)
ReplyDeleteWildguess (banyaknya la hai ustad & ustazah) : gambar ni Ustaz Saad kan?
ReplyDelete