Tuesday, 4 March 2014

Mencari nasi lemak dihujung minggu

Jumaat , tiada kelas tafsir tiada kelas lansung. Olehitu ingat nak selesaikan masalah menguploadkan gambar ke dalam blog. Tapi diajak oleh Rozita untuk join kumpulan lelaki dalam 9 orang,mencari nasi lemak yang di masak oleh pelajar2 malaysia di kawasan yang agak jauh juga. Bas kecil terpaksa berhenti beberapa kali bertanya orang tempatan kedudukan hostel pelajar2 tu. Akhirnya bertemu. Sambal tumis ikan mereka sedaplah sangat. Bukanlah sebab dah seminggu tak makan makanan Malaysia.  Nasi Arab dengan ayam bakar tu sedap tapi tiga hari dah muak. Hari ni dah cancel penghantarannya oleh Yusof tu.
Seronok juga dapat jalan hari ini, tidak terperap di maahad je. Jumpa budak2 yemen main guli, banyak kali dah nampak. Sebab banyak tempat berpasir je. Suka betul dia orang tengok muka dia orang dalam fon tu.



1 comment:

  1. Khadeeja said "I love you opah!"
    Qaisarah said' "Why did you want to take picture with the kids?"

    ReplyDelete