Lepas asar, bad news, travel agen tak mahu aturkan perjalanan ke hadramaut ,hanya ke Pulau Socotra. Tapi Anuar, Nirman dan Rosita tak mau pergi Socotra. Jadi batal la rancangan buat masa ini.
Monday, 10 March 2014
Imam Qariah timbul kembali
Hari ni banyak kejutan, ustaz Ahmad fon, saya tak ingat bila jumpa Nasuha (dah belajar sampai buku 5 di maahad tetapi sekarang duduk sendiri bersama adik lelaki dan ambil guru, rupanya Ustaz Ahmad) Jumaat lepas pada majlis Fakir miskin tu,ada pesan kat dia ,nakkan Ustaz Ahmad balik mengajar mungkin boleh ke dia mengajar balaghah. Jadi dia fon ,dia boleh dan sanggup tapi suami beritahu dia,Mudir dah mulakan Intro semalam. Kejutan kedua, Ustazah Amriah kata nak adakan juga oral test pukul 10.30 lepas kelas Tetapi sampai masa itu, Ummu Ibrahim datang beritau Utzh Amriah sibuk dgn kerja , jadi masa free ni hendak tak saya keluar dengan dia untuk pergi cari Arbaya. Kami pergi ke souk madinah dgn teksi 200 rial kalau naik bas 50 rial sorang,kena jalan jauh ke dlm, ada 4 kedai Arbaya disitu, dapatlah satu, Ingat nak pergi Sanaa Qadim, tapi rasa dah tak sempat kerana ada kelas balaghah dgn mudir pukul 2. Kejutan Ketiga, lepas zohor diberitau Imam nak ajar semula.Ingat dia dah lupa pasal homework, wajib. Tidak sekali2, jawapan kami kalau tak cukup fasohah nya tak cukup cantik,kena komen. Dapat balik segala mimik mukanya bila dia baca balik buku cerita,suruh kami i'rab kalimah2nya. Bila minta nak bergambar siap betulkan serban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment