Sunday, 16 March 2014

Presentation tentang asal usul ا،ب،ت dan mengapa setengah huruf hijaiyah tu bertitik

Hari Sabtu sepatutnya cuti, rehlah ke Hadramaut dan Socotra di tunda jadi pihak Maahad buat program syarahan tentang perkara di atas ,dari pukul 10 pagi hingga 12. Semua pelajar datang. Tiga  Ustazah terlibat bagi syrahan bertukar2 selepas dua tiga ayat secara impromptu. Suka saya dengar, kalah presenter TV, tiada pulak nampak bertindan atau berebut2. Ustazah Amriyah , Ustazah Hajar dan Ustazah Amani. U. Amani siap melukis dengan cepat seperti dalam program ' apa rasul kata' TV Hijrah. Ada kertas syarahan 3 helai untuk rujukan, tapi dia orang tak refer pun. Jelas dan  informatif. Secara ringkas huruf tu dari nama 6 orang raja , قرشت،سعفق،كلمن،حطى،هوز،ابجد، tertib huruf mengikut kepentingan  abjad, makhraj, bentuk dan kekerapan penggunaan.. Umpama ب،ا dari abjad ث،ت،ب dari bentuk, dan titik2 tu ditentukan  jika kerap digunakan tiada titik ع غ dan bayak faktor lain lagi. Siapa berminat boleh baca kertas syarahannya, yang ramai orang Arab pun tak de. Lepas itu ada sessi pengukuhan yang amat menarik, nama diundi, the little boys yang baca. Ada aktiviti melakunkan ayat tanpa suara, nyanyian lagu budak2, dan pemberian cenderamata ,kata2 hikmah,dengan nama ditulis dgn huruf2 kuno. 




No comments:

Post a Comment