Dua hari ahad dan isnin baru boleh habis buku 1. Ustazah bagi test ( ikhtibar) hari rabu pukul 9. Ada 13 parts 6 mukasurat, 2 jam juga diperlukan. Hari khamis lepas kelas b.Arab , Ustazah Amriah datang nak buat oral test, bergilir2 kami. Sekarang dah dapat keputusan. Mumtaz. Alhamdulillah dua2 90+. Oral Badi' boleh lah fullmark sebb soalan yang macam dalam buku. Saya bercerita.
Hari selasa yang special, Ustaz Ahmad dah diberitau supaya batal kelas petang dan pagi Ustaz Saad boleh teruskan dgn Badi' tetapi saya and semua pelajar perempuan kena berkumpul di tingkat 1 pukul 8.30 pagi untuk kelas mempelajari perkataan2 dalam menghasilkan 2 jenis masakan kerana ada gotong royong untuk menyediakan makan tengahhari untuk semua. Lepas dua jam belajar byk perkataan , baru mula memotong. Lmbat juga siapnya, pelajar lelaki dah zohor, datang menunggu dibawah. Alhamdulillah semuanya sedap, berbaloi menunggu. Nasi banyak lebih, dengarnya Mudir hantar kepada fakir miskin.
No comments:
Post a Comment